Monday, May 24, 2010

Tips Rambut.

Tips Rambut.

Cuci selang sehari, bukan hari-hari, untuk mengelakkan rambut kering dan rambut senang gugur.

Jangan kedekut untuk lumur conditioner/perapi rambut setiap kali cucian. Lumur banyak-banyak tetapi elakkan bahagian akar rambut, kerana minyaknya boleh menyebabkan rambut cepat gugur.


Tabur bedak talkum di bantal sebelum tidur. Untuk rambut wangi dan tidak berminyak esok hari! Dilarang tabur di rambut selepas bangun dari tidur, sebab ia tidak ada masa untuk sebati, maka akan kelihatan seperti anda mahu berlakon tua dalam sketsa depan kelas, atau anda pengeluar terbesar kelemumur.

Jangan ikat rambut atau pakai tudung ketika rambut masih basah. Boleh menyebabkan rambut berbau, rosak dan kutu akan membiak. 

Untuk elak rambut nampak penyek, ikat tinggi sebelum sarungkan tudung. Lagi vogue nampak macam orang Arab :)

Lindungi rambut dari terik mentari. 

Selamat Mencuba!
Sekian, Terima kasih.

No comments: