Saturday, August 28, 2010

simpulan bahasa.




Simpulan bahasa ini diubahsuai untuk saja-saja @ sekadar hiburan dan gurauan antara yg hidup mahupun yg mati sahaja. Diharap tidak menjadi polemik oleh mana-mana pihak yg cuba memancing di kolam mandi ya. segala kesulitan @ penyakit senyum sendirian adalah amat dikesali. hahahaha.

  1. Kecil tapak tangan, tapak sulaiman saya tadahkan.
  2. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
  3. Siapa yg makan nangka dia yg dapat bijinya.
  4. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.
  5. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak bayar cukai pendapatan.
  6. Tiada rotan pelempang pun boleh juga.
  7. Biar lambat asalkan tak cepat.
  8. Biar putih tulang jangan kuning gigi.
  9. Dimana ada gula di situ ada semut.
  10. Jauh di mata dekat di mata-mata.
  11. Kalau kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi Abu Bakar.
  12. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis.
  13. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
  14. Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap.
  15. Habis madu sepah jangan dibuang merata-rata.
  16. Berani kerana benar, takut kerana penakut.
  17. Berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.
  18. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
  19. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
  20. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
  21. Sambil menyelam, tengok kapal selam.
  22. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.
  23. Air yg tenang jangan disangka tiada ikan.
  24. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.



 ( Dipetik daripada Kulit Kacang )