Sunday, October 24, 2010

Tips Tangan Cantik.

Assalamualaikum.

Entry kali ni saya nak kongsi sikit tips nak tangan cantik. Siapa la tak nak tangan cantik kan? Takkan la nak tangan yang tak seiring dengan usia korang kan. Malu laa kot. Usia muda lagi, tapi tangan kasar semacam je. Mana la tau nak pegang tangan dengan buah hati pengarang jantung, tu mesti lah nak yang super lembut punya. Lembut? Ee, gatal lah korang ni. :P Actually, tips ni biasa untuk wanita je. Tapi, kalau yang laki pun nak tangan cantik tak salah kan? Bisa aja mas, lelaki macam tu baru HOT. Ngetopp weh. Tapi leceh kot. Huahua. Okayy, back to the point. 

Tips miliki tangan yang cantik.

1. Gunakan pelembap tangan beberapa kali sehari. Ini wajib. Dengan pelembap ni, tangan boleh jadi licin. If pegang something silap silap boleh jatuh. :D Korang tau tak, kulit yang kering akan cepat cedera dan akan nampak berkedut. Pelembap and losyen tak sama tau. So, before beli check dulu. Jadilah pengguna yang bijakk.

2. Lindungi tangan korang. Pakai sarung tangan ketika mencuci pinggan mangkuk dan melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Especially kerja yang melibatkan penggunaan produk pembersih. Contoh terdekat Mr Muscle. Selalu kot kuar tv, takkan tak pernah nampak? Alaa, Mr Muscle yg pakai baju orange dia yg menyala tu. Hehehe. Tapi, sorry saya tak pernah cuba. Selalunya produk-produk ini mengandungi bahan-bahan kimia. Tu yg buat tangan kita terkupas kulit macam ular tukar kulit. Ok, ini nasihat kepada yang rajin buat kerja rumah saje ye. Untuk golongan pemalashh, saya nasihatkan duduk depan tv sambil gigit ibu jari. Makan sampai habis.

3. Gunakan krim tangan atau losyen tangan. Lebih baik jika korang gunakan losyen yg mempunyai pelindung matahari. So, dalam masa yg sama tangan korang taklah berapa nak gelap/hitam even terdedah dgn matahari. Still cerah/putih. Sebelum menggunakan losyen, pastikan tangan korang benar-benar kering kerana air yang tertinggal boleh menyebabkan penguapan dan mengeringkan kulit. So, kalau nak guna losyen dengan keadaan tangan yang masih ada air, bagus tak usah guna. Tak ada maknanyee. :D

4. Rawatan tangan. Beri yang baik untuk rawatan tangan. Gunakan herba atau minyak mandian. Lakukan ia seminggu sekali. Kalau tak rajin buat rawatan sendiri, pergi lah mengunjungi mana-mana tempat rawatan yang berdekatan dgn anda. :P

Sebelum tu, saya nak kongsi sikit. Tangan korang sentiasa kena suam. Bukan sahaja baik untuk kecantikan kulit, tetapi ia juga baik untuk kesihatan secara menyeluruh. Selsema dan batuk bermula apabila tangan menjadi sejuk. Ingat tau. Rajin-rajin lah jaga tangan korang supaya nampak cantekk ye. Harap-harap tips ni boleh jadi rujukan korang. Senang saje. 

Selamat Mencuba.
Sekian, Terima Kasih.


No comments: