Wednesday, November 17, 2010

Kita dah cuti.

Assalamualaikum.

Aduh, stuck dekat pembuka entry. Fikir punya fikir, lebih baik aku upload pic. Okay, beres! Lepas upload, taktau pulak nak taip apa. Takkan nak ketak ketuk keyboard tak tentu pasal kan. Takkan nak buat entry yg takda maknanyeee kan. Mana boleh macam tuh. Satgi orang cakap aku gila kang. Takmau wehh. Aku tak gila. Tak mungkin. -_- Before buat entry nih, melimpah limpah pulak idea aku. Dah start buat entry, satu pun taknak kuar. Alaa, malu malu lah pulakkks. ;p Ni yg I tak suka nih, kuar laa. ;D


Oh, sweet tak kita? Sweet kan? Tambah tambah lagi kawan aku kat sebelah nih. Kita baru kenal dalam masa setengah tahun tau. Tapi kita dah rapat. Since pindah sekolah baru kan, banyak pulak kawan aku dapat, termasuk dia ni lah. Jiyah and the gangs. Best gila kawan dengan diorang gua cakap sama lu. Tak kering gusi. Betul, aku tak tipu. Hehehe. Almaklum lah, dulu kan kita sekolah tempat orang. Tak banyak pulak kawan di tempat sendiri, tempat orang ada baanyaakk. Siap tauke tauke jual beras tu pun kawan kita tau. Makcik jual roti, pakcik jual daging, akak jual sayur, adik jual tudung tuu semua kawan kita. Jangan main main. Semua aku tibai jeh. Yeah, aku tipu. Semua muka muka baru je jumpa dekat sekolah baru neh. Best jugak. ;)



Hari ni, kita dah start cuti. Sekolah kita la, siapa lagik. Tapi kan, sekolah lain masih ada yg belum cuti. Alaa, kesian korang kan. Takpe laa, bukan lama pun. Cuti kita sama je ok. Awak awak, tadi kan. Kita datang sekolah pukul 8:30 pagi. Best, siapa siapa pun tak kesah kita datang lambat. Termasuk securityguard, dia pandai buat muka blurr je. Tak guna betul, makan gaji buta lah engkauu. Tapi ok jugak, terima kasih daun keladi ye pak guard! Hehehe. 
Mula mula sampai pentadbiran sekolah, sunyi sepi je. Huh, dah sampai blok kelas. Mak oi! Macam pasar la. Bising. Suma pun excited nak cuti. Tambah tambah lagi, esok raya. Wahh. Kau buat macam sekolah mak bapak kau je kan? Memang terbaikk. Hehehe. Ok, lepas nampak suasana macam tuh kan, kita pun excited lah jadinya! Dan sudah menjadi kebiasaan, dekat cuti cuti Malaysia ni, suma student pun nak gambar sini, gambar sana. Konon nya, takut rinduuuu sebab lama takjumpa kan. Okayy, alasan boleh di terima. ;)


Totally, mata saya lain lah dua dua pic kat atas nih. 
Perasan tak? Tak kan? >.<

p/s: Oh, ok. Sebelum terlupa, akak nak wish semoga berjaya kepada adikadik yg ambik SPM. Buat lah yg terbaik, sangat terbaik & paling terbaikk. 

No comments: