Friday, November 19, 2010

tentang ayah.

 Assalamualaikum.





Bila fikir balik, saya rasa tak berbaloi dengan entry seciput je nak wish terima kasih dekat ayah. Ingat lagi tak entry bertitle kan 'thanks papa' hari tu. Too short kan? Baca 10minit pun tak sampai. Aduh. Macam tu nak berterima kasih dengan ayah? Oh, my dear. Please, buat entry baru. Btw, saya nak mintak maaf sebab macam tak menghargai ayah pula. Actually, masa tu saya eksaited gila nak buat entry sebab dapat dslr baru dari ayah. Idea dah kering kontang dekat kepala nih, tapi nak buat entry juga. =.=' Almaklum lah, penat. Baru balik dari Miri, Sarawak. So, saya tak ada idea lah masa tu kan. Lagi capek. Apa apa pun, rasa berbaloi datang Miri setelah di paksa oleh emak ayah. Dan rasa gumbira bila ayah belikan benda yang saya nak. Terharunya saya. T.T

Hari tu, entah tak ingat bila. Tapi dah lama, bulan lepas rasanya. Saya ada cakap dekat ayah saya nak dslr sebijik. Yang besar tuu. (Melampaunya saya). Ayah macam nak tak nak je bila dengar saya cakap macam tu kan. Ayah tanya harga berapa, saya cakap la bla bla bla. Ayah diam. Oh, mungkin dia terkejut. Tak apa. Saya faham. Lepas tu, ayah tanya kenapa saya nak benda tu. Saya cakap tak ada apa apa, cuma nak ada benda tu. Untuk suka suka. Nak gambar gambar. Ayah kata, tak payah. Sebab bukan kepentingan saya pun. Bukan untuk belajar ke, apa ke. Kan? Eh tak, banyak kepentingannya ayah, saya cuba nak yakinkan ayah supaya ayah beli benda tu. Bla bla bla. Then, ayah cakap, okay nanti ayah belikan berapa saya nak. Saya senyum. Dalam hati saya, nanti? Entah bila, lama lagi. Huu.

Masa berlalu. Suatu hari tu, kembar saya cakap nak beli 'tuut' dekat ayah. Yes, ayah tau kepentingan benda tu untuk dia. Untuk study, buat kerja & macam macam kan. Ayah kata, okay, minggu depan kita beli. Kembar saya cool je, sebab benda dia nak ayah tunaikan. Saya tak. Oh, jangan cakap dulu. Actually saya sedih masa tu. Apa kembar saya nak, ayah belikan. Saya? Ayah cakap nanti pulak. T.T Mungkin ayah dah lupa apa saya nak. Almaklumlah kan, dah tua. Okay, lupakan. Saya redha.



Sehari sebelum ayah nak beli kehendak kembar saya, saya rasa nak sentuh balik pasal dslr tu. Mungkin ayah tukar fikiran. Saya cakap dengan ayah balik saya nak. Ayah diam je. Seolah olah tak dengar apa saya cakap. Mungkin juga dia tak faham saya cakap apa. Tapi mustahil lah kalau tak faham. Tapi tak lama lepas tu, ayah bersuara. Ayah kata, lain kali ayah belikan dan bukan esok. Okay, saya terima walaupun dengan hati yang terpaksa. Saya rasa duka sangat. Tuhan saja yang tahu. Malam tu juga, emak ada cakap dekat saya yang ayah tak nak beli dslr untuk saya. Lain kali ayah beli. Bila saja dengar kata kata yang keluar dari mulut emak saya, muka cool je. Tapi dalam hati, Oh sedihnya saya. Tapi tak apa. Sabar. Well, saya kan kembar. Apa yg sorang ada, yg sorang nak jugak. =.='

2minggu selepas tu, ayah nak pergi Miri. Ada urusan. Emak ikut sama. Kakak juga. Jadi, kemungkinan saya seorang saja tinggal kat rumah kalau tak ikut. Saya plan memang tak nak ikut. Lebih baik stay dekat rumah daripada berpanas jalan jalan dekat Miri. Korang tau lah kan, Miri kan hot. Tambah tambah lagi, saya tak ada nak buat apa dekat situ. Emak pula rasa tak sedap hati kalau saya tak ikut. Almaklum lah, dalam semua hal emak lah superduper risau. Lepas tu, emak cuba pancing saya. Bijaknyee. Dia kata, kita survey dslr dekat sana. Gembira, terbeliak mata serta hati berbunga bunga. Rasa macam tak pecaya pula. Ayah pun cakap benda yg sama, ayah cakap kalau tak pergi Miri tak ada lah dslr. Mula mula tu rasa terpaksa. Bila fikir balik, eh kalau ayah cakap ya, memang ya lah tu. Ayah memang macam tu, saya kenal sangat ayah saya! Tapi, saya rasa tak percaya jugak. Betul ke apa ayah cakap. Ok, tak apa. Lupakan. Saya pun dengan ke-ecxited-an join sekali pergi Miri. Dengan harapan ayah beli dslr untuk saya. Mudah-mudahan. Tak berbaloi pergi Miri kalau tak ada benda tu. ;)

Dekat shopping compleks. Ayah kata, kita survey dslr. Oh, okay. Jom! Saya semangat! Kadang-kadang terfikir juga, saya ni like anak yang menyusahkan. Nak itu, nak ini. Saya tau, susah nak urus anak macam saya. Semua benda saya nak. Lantak lah. =.=' Okay. Survey punya survey, tak ada. Bukan tak ada, cuma lain dari yang saya nak. Tengok tu, cerewet. Rasa macam tak nak cari benda tu lagi dah. Capek deh. Di cari-cari, ngak ada. Saya cakap dengan ayah, tak apa lah. Kita cari tempat lain. Ayah okay je. Ye lah, tak lah keluar $$ dia kan. Sukaa. :D

Makan tengahari. Lepas mamam, jalan lagi. Kita pergi shopping compleks yg lain pula. Mudah-mudahan ada yang sangkut dekat sini, dalam hati saya. Oh, ada satu kedai tu. Lawa. Tak lah besar sangat, jual pun banyak lah jugak. Saya ada nampak dslr dekat situ. Wah, ni lah mungkin kedainya. Saya bawa ayah masuk kedai tu. Tengok dslr. Tengok punya tengok. Try punya try. Ayah tanya saya, nak yang mana. Saya tunjuk yang tuuu. Oh okay, beli lah. Ayah senyum senyum. Saya senyum balik. Tapi, dalam hati, eh saya beli ke tak. Kalau beli, eh saya memang menyusahkan. Kalau tak beli pula, frust gila. Naaak jugakk. Saya termenung sekejap. Tiba-tiba saya tanya ayah, betul ke ayah beli benda ni untuk saya? Tak terpaksa? Ikhlas? Masa tanya tu saya rasa sedih, sebak je. Rasa macam nak nangis. Terharuuu gila. Tak sangka ayah baik punyaa. T_T



Lepas bayar, cash punya ok. Bukan hutang. Saya tengok ayah, lepas tu saya dekat dengan dia. Saya cakap 'TERIMA KASIH AYAH'. Rasa sebak dan terus menitiskan airmata. How dare you? Tak boleh tahan lah. Airmata keluar sebab gembira. Terharu sangat. Korang bayangkan saya menangis depan kedai tu. Malu lah. Ah, saya tak kesah! Orang nampak atau tak, ada ku kesah? :D Lepas sedikit airmata keluar, dah lega. OK, back to normal. Akhirnya, saya gembira bagai nak jerit satu dunia nak bagitau 
AYAH SAYA ADALAH AYAH PALING BEST! 
Korang ada? Tak ada kan? :D

Saya tahu, ayah cuma nak bagi saya gembira. Tak sedih sedih. Ayah mana yang nak anak dia sedih kan? Walaupun dalam hati ayah rasa terpaksa, saya tau. Ayah cuma rasa tak nak kecewakan anak dia. Ayah la orang yang paling susah hati kalau anak dia sedih. Sebab, dia takut anak dia buat benda yang tak di sangka. Oh, sorry. Emak pun sama, risau dengan anak dia. Especially, masa depan anak anak dia. Ibubapa nak jugak lihat anak dia berjaya. Saya tahu, nak jadi seorang yang cemerlang, gemilang, dan terbilang ni susah. Ngak gampang. Tapi, di situ lah korang kena berusaha. Berusaha nak dapatkan kecemerlangan. Jangan lah kita kecewakan emak ayah. 
Dan, dia sana kita mengenal erti sebuah PENGORBANAN. 


Saya janji, saya jaga dslr tu baik baik seperti mana ayah jaga saya. Dan, saya takkan kecewakan mak dan ayah. ;)



''SAYA BANGGA PUNYA AYAH MACAM AYAH SAYA SEBAB SAYA TAHU AYAH SAYANG SAYA. AYAH SAYA, HERO SAYA.''

p/s: Entry macam nih baru berbaloi. Sayang ayah! xoxo.

4 comments:

~zhAheIn zHa~ said...

soo sweet :)

Daygku Nuraini. said...

iyaa sis. hehee. ;)

♥ t h u m b ♥ said...

oii. feeling laa aku baca post nehh. gilaa. haha. i'm crying in da cc.

Daygku Nuraini. said...

hehe. touching kan? aku yg bt pn rsa mau nges. haha.