Sunday, May 01, 2011

Rumahtangga yang menyebal-kan.

Malam ni gatai pula tangan nak update blog. Lagipun dah ada yang tanya kenapa blog sunyi je, takda entry baru. Paling latest pun entry join segmen abg beng yang dulu tu. Ish ish, ketinggalannye dayg kan? Then dayg pun rasa macam eh malu lah blog tak update update lagi ni. Blogger lain kemain banyak entry dalam masa sehari, dayg pula 1week je pun lansung takda entry yang timbul, asyik tenggelam je. Sorry lah buat semua blogger yang dah follow dayg, dayg ni jarang update blog. Takda masa katanyeee. Jangan pula ada yang menyesal follow dayg. -.-' (mata ke atas tangan ke dada, mengucap)



Jumaat lepas, dayg datang sekolah. Okay, duduk leklok buat kerja. Tup tup, ada seorang cikgu ni masuk kelas. Lelaki, agak tua jugak lah. Yang penting ada bini, gedik gile. Anak berapa dayg tak pasti. Lupa pula nak tanya. Cucu belum ada lagi. Dia ni jenis yang takda perasaan, sempoi je. Jalan pun longlai gitu, kalau boleh dia jalan guna kerusi roda kot. Sebab dayg tengok dia ni macam tak larat nak jalan, kalau jalan pun, kaki dia hayun hayun je, tangan dia toksah cakap lah kan. Faham faham je laa. Kanan kiri kanan kiri ok. Tapi, salute jugak dengan dia ni sebab dia ni kan cikgu i. Ha-ha-ha.

Ok, dia masuk kelas kitorang nak tau jumlah pelajar yang bangsa itu berapa, yang bangsa ni berapa. Untuk apa? Dayg tak tau pula ek, malas nak tanya. Sebab dayg tau, bila dayg tanya je mesti dia jawab macam ni ''takpayah tanya''. And lepas tu dayg akan cakap, ''ish, cikgu ni''. LOL. Like usual, lepas habis hal dia, mula lah dia mengarut entah kemana. Itu adalah hobi dia, no doubt. Kitorang pun danger je lah.

Dia kata, dia penat, tak cukup tidur, lepas tu pening-pening kepala. Almaklum lah, beberapa hari lepas, sekolah kitorang jadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa dan Budaya Bahagian Limbang. So, siapa kata tak busy kan? Busy prepare itu ini. Dia pun kata dia ni sibuk buat itu ini, pergi sana sini. Lepas tu, dia kata lagi bini dia ni pun satu jugak. Menangis je dekat rumah, dia cukup muak dengan benda macam tu. Nak dijadikan cerita, bini dia ni jurulatih kepada penari-penari sekolah rendah, yang tunjuk ajar lengkok lengkok tarian tu, kerja bini dia lah.

So, hari khamis lalu penutup bagi karnival bahasa, siapa menang dan kalah tu, dah terlerai lah kan. Haaaa, sekolah dia ni tak menang, saguhati je, tak pun top3 kot. Taktau lah, yang penting bukan juara. Frust menonggeng lah jawabnyee kan. Mungkin dia rasa, penari dia tu tiptop kot, mana tak kecewa. So, terbawak bawak sampai ke rumah ke-frust-an dia tu. Apalagi, cikgu dayg ni pun meluah dekat kita satu kelas. Kalau nak menangis-menangis tak payah lah tunjuk dekat dia, dia kata. Dia tak suka, dia rasa menyampah.  Banyak lagi lah dia kata tentang ke-tidakpuas-an hati dia. Ha-ha-ha.



Jahatnye cikgu dayg ni kan? Takda perasaan langsung. Bedebah. Bila dia cerita semua tu kan, all the girls dekat kelas pun rasa tak puas hati dengan cikgu ni. Ye lah, ada isteri bukan dia jaga betul-betul. Hati bini dia, bukan dia peduli pun. Kita sebagai perempuan ni, nak jugak perhatian kan? Hikhik. Dayg faham jugak perasan pompuan-pompuan ni macamana, i'm a girl ok. Ada suami yang tak kesah langsung? Puii, hampehh. Kalau dayg berada tempat bini dia, merajuk seumur hidup youuuuu. Tak pun, cerai talak 3. :P


Kalau aku lah, aku tak nak laki macam dia, dia tak jadi pendengar yang setia, kita menangis dia tak pujuk, kita kecewa bukan dia peduli. Ish ish. Ada tak laki macam ni? Meh sini dayg belasah.

p/s: Entry ni bukan nak sibuk rumahtangga orang, tapi dayg taknak suami dayg macam tu suatu hari nanti!!!!! Aku buang kau jauh jauh!

1 comment:

e r a a RUSBERRY said...

dayg , kaka ada follow dayg . kak eraa ni . follow kaka balek k ? :)