Monday, May 02, 2011

Tips lupakan kekasih lama.


Okayy, lately dayg dengan si cinta sering diganggu dengan hal yang tak penting pun bagi dayg. Absolutely tak penting ok! Meluat tau tak. When i had that problem, mesti lah dayg jugak yang kena fikir kan? Entry ni dayg letak some tips untuk lupakan kekasih lama kau tu. Bukan dayg, ni untuk orang yang masih keras kepala nak ex-boyfriend dia balik. Kau baca ni;



1. Menghapuskan kenangan bersama dia
- Kalau ni memang susah kot, dan ambil masa yang agak lama. Tapi, nak buat macamana kan? Ex-boyfriend kau dah ada girlfriend lain. So, let him go lah. Takkan nak terhegeh-hegeh dengan dia, eh malu lah sikit bai. Kau tu perempuan. Buanglah semua kenangan kau dan dia, foto-foto tu buang, apa apa benda dia bagi pun buang jugak. Buat apa nak simpan kan? Buat apa nak ingat dia lagi? Dia tak ingat kau pun. Lagipun, tak perlu lah kot terdesak nak lelaki. Kau tak boleh hidup tanpa lelaki ek? Uhhh? :D

2. Cari pengganti
- Bila korang tau dia dah ada pengganti, memang wajar lah ada perasaan cemburu. Tapi, kau kena tau, kau cuma bekas kekasih dan kau bukan untuk dia. Tak perlu lah nak cemburu lebih, siap doakan dia tak bahagia, merosakkan hubungan dia and so on. Tak perlu, tu melampau. Sebaiknya, kau kena sedar kalau dia dah menemui kebahagiaan dia. Dan kau bila lagi? So, kau cari lah pengganti. Bila dah ada pengganti, lagi mudah kau lupakan dia. Betul, seriously aku cakap.

3. Berhenti mebanding-bandingkan
- Sikap kau yang henti-henti nak melauh perasaan sana sini tu perlu lah buang jauh-jauh. Itu tak perlu. Orang lain takkan selesa, sebaliknya akan menyampah. Lagi satu, kau selalu banding-bandingkan dia dengan orang lain. Sebuuuuut benda yang sama tentang dia, lama-lama orang takkan suka kau. Bila duduk bergosip je, kau cerita tentang dia. Mak ai, kalau boleh, nak je aku lari. Cabut and tak nak jumpa kau lagi. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai dia dengan teman-teman lain. Kalau dia pendengar setia takpe, kau cerita tentang dia doplohpat jam pun tak pe. Layannnn.

4. Ingat hal-hal yang buruk tentang dia
- Ini benda paling mudah. Ingat benda yang jahat-jahat belaka and berfikir kalau dia memang dah tak nak kau lagi. Benda buruk misalnya, dia selalu mengendahkan kau, dia langsung tak jaga hati dan perasaan kau, dia selalu meninggikan suara, dia selalu menipu and so on. *Lenguh jari i nak taip semua.* :P

Nota kaki:
* Dayg harap kau faham benda ni and berhenti usha or contact dia lagi. Faham-faham lah ye, he's mine. Stop with kenangan lama kau tu ok.
* I'm not perampas.

No comments: