Tuesday, June 14, 2011

cerita aku dgn bestie memang tidak pandai habis.

Student lain dah mula sekolah kemarin, on Monday. Tapi aku baru datang sekolah hari ni. Almaklum lah, mau cuti lagi rasanya. EH holiday 2 weeks pun aku rasa kurang cukup oh. Nak cuti lama sikit baru ada feel kot, takat 2 minggu pergi vacation pun tak sempat. Ha-ha-ha.

Padahal aku jadik surirumah sepenuh masa saja time cuti ne. Nikmat kan? During holiday, cuma sekali aku angkat kain kat ampaian, sapu rumah ada lah 2 3 kali, vacuum rumah takda, cuci pinggan mangkuk hari-hari, kasi kucing makan takda, sidai kain jugak takda, mengemas adalah sikit-sikit, memasak kadang-kadang. Semua kerja rumah, mostly done by my sister. Nasib baik ada kakak, terbaek gua cakap sama lu. Buat lah kakak, satu ka, dua kah. Ngehehe. >___<

Sepanjang cuti ni aku lama tidak jumpa bestie, sangat lama yaa. Oh banyak sangat sangat cerita kami. Hot- hot, panas-panas lagi macam pisang goreng. :P Dari awal pagi sampai mahu pulang sekolah belum habis lagi ok. Dari A sampai Z. Stuck di M, sambung lagi ke N. Time jalan pun masih struggle mahu cerita. Tidak cukup dengan itu, time cikgu ada di depan pun story teller tidak berhenti bercakap, masih lagi dengan gigihnya menyampaikan cerita. Jadi pendengar setia pula yang sorang. Wow! Ohsemnya cerita kami sampai tidak berhenti kan? Kira hot topic jugak, tidak pernah cerita tentang ni before this. Bila aku ingat balik, boleh senyum sendiri-sendiri di buatnya. Agak lucu juga sikit, tapi kena fikir secara matang. Yes, i'm matured ok. XD

Aku rasa, esok pasti sibuk juga bercerita ni, i know kami punya cerita tidak pandai habis. Muahaha. Hari tu, ada member tanya....

''Dayang, kenapa cerita kamu tidak pandai habis sama Nor?''

''Cerita apa?''

''Apa-apa saja lah.  Padahal hari-hari jumpa.''

''Ohh''. 

Aku pun just senyum tengok dia. Mahu cakap apa lagi kan? Memang betul pun cerita kami tidak habis-habis.  No wonder lah kalau orang tegur and cakap macam tu. Ha-ha-ha. Yalah, namanya jugak bestie, mesti lah semua terkeluar. Yang tidak patut keluar pun keluar jugak ok. Tapi yang nda mahu keluar tu, nda payah kasi keluar, kasi masyuk saja. Muahahaha. :D

# Result MUET keluar kemarin, aku baru tahu tadi pagi sebab baru datang school kan. Yeahh, not bad. Alhamdulillah, tapi aku kena repeat jugak!!


No comments: