Friday, June 10, 2011

Perlu kah? Patut kah? Eee adakah patut.

Hari ni 10 June 2011. Nextweek, cuti sekolah dah habis. Aku pun rasa macam Eh cepatnya masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik 2 weeks sudah. Rasa macam mahu rewind saja kalau boleh. Aku rasa kurang eksaited mahu school ni, Ha-ha-ha. Homework macam masih ada atas meja study tu, macam lah. Bersusun rapi kertas aku di meja. Siap ada kelihatan eyeshadow Maybelline lagi, oh lepas tadi rupanya. Hari-hari aku buat sedikit sedikit. Orang bilang sedikit-sedikit lama lama jadi bukit. Tapi aku nampak macam tiada perubahan, still banyak and berlambak-lambak. Waterpark. Tolong siapkan please. Cikgu pun dua kali lima, orang cakap confirm tidak siap, masih lagi.....

''okay ini homework untuk PA, tolong edarkan''

''ni sejarah  2, buat semua soalan''

''ekonomi cikgu bagi lepas rehat''

''nah homework BM,  bagi kawan yang lain''

First homework kena bagi, bukan main semangat mahu bagi siap lah, apa lah, macam-macam lah. Semangat yang berkobar-kobar nak study. Wah gitu. Kalau aku lah, 1st week cuti memang semangat habis, tiap-tiap malam buat homework, petang pun sanggup tidak tengok Marimar buat homework. Tapi aku memang tidak layan Pilipin lah ekceli. Eh Marimar memang tiada sepanjang cuti sekolah ni, lupa aku. Malam-malam kakak aku yang comel ajak layan drama korea pun, terus geleng kepala. Mahu belajar katanyewww. Tapi, Romance Town yang baru start last week on KBSworld, sanggup aku tinggal study. Commonly mama cakap, ''kena hasut sudah kau ni''. :D

Tapi, 2nd week holiday mula malas. Petang-petang aku online, malam pun sama. Homework depan mata, laptop sebelah mata. Buka facebook buka blog. Nampak sikit yang awesome sampai dup dap dup dap, homework terus shuh pergi sebelah, online didahulukan. Macamana mahu maju kalau begini? -.-' Perlukah online masa belajar? Kalau mama nampak mati aku. Habis bersih telinga kena bebel. 

Memandangkan esok nak jumpa cik sayang, mungkin agak tergendala buat homework yang sikit lagi tu. Ah biar lah, malam aku siapkan. Nak jumpa jugak, nak jugak nak jugak! Hahaha. Siapkan malam esok lah ok, tapi ada Konsert Kenangan AFNIL. Ini saya layan, macam best! Huahua. Its okay its alright, malam masih muda bah kan. Lepas tu hari ahad, mungkin aku pergi kk. So, maksudnya malam ni aku kena bereskan semua lah kan. Bah, babai lah kalau macam tu.


No comments: