Saturday, July 02, 2011

berapa banyak sebenarnya.


sebenarnya aku rasa tidak bebas untuk bergerak ke sana ke mari, ke sana sini, ke hulu ke hilir. aku inginkan kebebasan seperti burung pipit mahupun gagak yang hitam terbang dengan jayanya ke pohon-pohon yang tinggi mengalah kan klcc. maksud aku di sini, bukan aku mahu jadi burung. mustahil kan? sebab aku manusia. muahaha.

sebenarnya aku rasa boring duduk rumah mengadap lappy duaplohpat jam sebelas minit tiga kosong empat saat. melayan facebook which is orang akan meluah perasaan, memaki hamun segala, berjiwang karat, jual itu ini, ada gambar separa comel separa haingsem. okayy, ini aku boleh terima sebab aku berada di kondisi yang sama. tet! aku pun macam tu rupanya. tapi, aku okay sikit. *sila muntah. kadang-kadang menghiburkan, and sometimes boleh buat aku fening kepala fusing.

sebenarnya aku malas mahu buat apa saja. anything yang memerlukan aku bergerak atau berfikir. senang cerita i just want to relax, keep my mind goyang-goyang kaki di dalam, tidur yang cukup. oh no doubt, sekarang aku sangat sangat kuat tidur. watdehel punya mata yang asyik tidur memanjang. and many times say sorry to my kambing sebab asyik asyik tertidur pada masa yang kurang sesuai untuk tidur. tidak perlu kot nak mentioned dekat sini pukul berapa kan?

sebenarnya aku mahu keluar jalan-jalan ambil angin bersama cik sayang hari ni. tapi memandangkan tiada kebenaran atau green light dari kedua ibu bapa yang merangkap bos besar di rumah, terpaksa aku menahan hati mahu jalan and tahan sakit hati dengan tidur bangun online terus-terusan sampai bengkak mata dan lenguh jari taip entry. and sudah banyak article yang aku terjah, laman-laman gossip juga banyak. hmm ini kes sakit hati ok.

sebenarnya lampu kuning sudah ada, tapi agak lambat kedatangan lampu tu. jadi, aku fikir lebih baik di tunda pada hari lain saja. fyi aku punya rindu ni sudah melimpah-limpah sudah banyaknya!

sebenarnya hati ku sakit lagi bila dia keluar jalan dengan kawan-kawannya. so, perasaan jealous aku tu membuak-buak, sampai tidak dapat dibendung. aku duduk di rumah saja sedangkan dia keluar soksek soksek sama kawannya. wtf. jealous aku!

#watever yang penting aku hepi.

No comments: