Saturday, July 23, 2011

surat buat ke-kasih



Ke belakang kekasih yang ku cingtahi,


          Assalamualaikum. Apa khabar kakanda di kampung? Adinda harap baik-baik saja hendaknya seperti mana adinda yang semakin gemuk gedempol di sini. Untuk pengetahuan kakanda, adinda amat merindui kakanda yang jauh nun di sana. Rindu tahap babun rasanya.

          Adinda kini sibuk dengan kuliah yang membuat-kan adinda asyik beradu di dalam class sekali gus membuat peta rumah idaman adinda. Sungguhpun begitu, kakanda selalu muncul dalam mimpi adinda. Adinda merasakan teramat sangat bahagia walaupun kakanda hanya menjadi tukang sapu dan tukang kebun di rumah idaman adinda yang akan datang. ^___^

          Kakanda, bila rasanya kakanda akan kemari bertemu adinda? Adinda sangat berharap kakanda dapat menjenguk adinda dengan membawa banyak makanan ringan untuk kita makan bersama-sama nanti. Sejurus itu, lebihan makanan boleh adinda simpan untuk bekalan adinda apabila kebuluran dan boleh ditelan ketika adinda sedang berehat! Jangan risau, adinda tidak akan memberi makanan tersebut kepada orang lain. Percaya lah pada adinda wahai kakanda.

          Sampai disini sahaja coretan adinda buat kakanda kali ini. Jika ada masa yang berlebihan, adinda akan mengirim surat lagi kepada kakanda walaupun ini satu beban yang berat bagi adinda! -____- Adinda di sini setia menanti kedatangan kakanda. Tetapi adinda ingin mengingatkan kakanda bahawa makanan yang banyak jangan di lupa wahai kakanda. Titipkan salam adinda kepada kedua bakal mentua adinda. Sekian.


Yang dicintai dan menyintai,

Jaynab           `




#words of the day
kekanda dah tak pakai lagi dah, dah tukar kepada kakanda. Ehh bukan suka suki mak bapak datuk moyang aku nak tukar-tukar nih, tapi aku ikut Dewan Bahasa dan Pustaka. (cikgu aku cakap dah tukar). :D

4 comments:

sharifahzakiah said...

hehehe nak bagi kt kekanda ke dyg oiii ? lawak3 :D

DAYANG. said...

yeeee. rindu thap babun katenyeewwww. ;p

Anis izyan Abd Rahman said...

hahaha
tektik bijak untuk paw si kekanda aaaa , haha

DAYANG. said...

hahaha. taktik yang kaw kaw punyee. :D