Friday, August 26, 2011

pengalaman bila nak raya.

buka home je nampak segala entry baru yang masyuk di update oleh blogger-blogger tegar. ohh terasa macam dah lama aku dah tak update blog. asyik-asyik blogwalking je. blogwalking je asyik-asyik. eh merepek.

semalam lepas berbuka aku call dengan Mr AB (Adiey Badish). lama jugak lah aku rasa. memandangkan kami dah lama tak call lama-lama macam semalam. so just go on lah. nak lepas rindu katakan. salah ke aku lepas rindu? muahaha.

fikir pasal raya.

today dah start cuti. but ada lagi yang masih kerja. aku tahu jalan raya mesti jammed gila-gila kan. mana lagi orang nak balik kampung, mana lagi orang masih kerja nak balik kerja, mana lagi orang banyak fulus nak shopping, mana lagi orang rajin nak beli bahan buat kek raya & etc. woh banyak gile 'orang-orang' nak keluar guna jalan raya kan? sesak gile doh!

esok dah raya, baju tak siap lagi. hmm. mana-mana tailor sila ambik siyes entry aku kali ne ok. pelanggan kena hormat, xspesely aku. :P siapa hantar kain dulu, jahit kain dia dulu. siapa lambat, dia yang lambat. ini tidak, mentang-mentang masa muda-muda dulu kau kamceng gila babeng dengan dia, kau jahit baju dia duapulohpat pasang siap dengan cucu cicit dia sekali kau dahulukan. hello? tak adil lah aunty. kita hantar kain awal-awal harap siap cepat. tapi tapi tapi, esok raya baru siap! paling terukss lagi pagi raya baru siap. hambik kau! dulu aku pernah rasa macam ni, and now aku tak hantar baju dekat tailor tu lagi dah. habis cerita.

aku rasa sebagai masyarakat yang bijak, sekarang tailor dah tak pakai dah, manyak olang beli baju kurung pasang siap. betul tak? dekat kedai sana kan banyak. tunjuk je mana satu, aku bayar! kihkih. hmm so tak payah lah nak tergedik-gedik hantar baju raya dekat tailor. lagi senang kan. macam aku, aku beli baju raya online. order hari isnin lepas, hari rabu dah sampai. sumpah. memang puas hati. aku dah terai baju raya dah. :)

cakap pasal raya, korang dah shopping belum? confirm bila kau nak beli itu ini, semua dah habis. tu kalau shopping last minute. kalau dua tiga bulan lagi nak raya, no worries la semua masih ada. hahaha. kalau last minute punya shopping, semua orang dah bantai untuk raya. ohmaigad, jadi raya ni nak pakai apa? hahaha. baik kita shopping dekat korea je kan. semua ada lagi. lagi pun keadaan dekat situ tak sesak macam mesia ni, sebab dorang tak sambut raya. kan kan? jom jom!


hari ni dah 26 hari kita puasa. maksudnya 3 4 hari lagi kita nak raya. hehehe. dah kemas rumah ke? baju dah siap? langsir dah tukar? cermin rumah dah lap? hmm siapa yang free jemput lah ke rumah nak tolong kemas itu ini. just pm me sape sape yang berminat ok. :P

happy fasting! thats all. ok bai.

2 comments:

♥ MRS ZACKS ♥ said...

sume dah siap ! tggu nak rye jerrrr :P

DAYANG. said...

hehe. bgus nye dah ready nak raya. happy raya cikgu!. :)