Thursday, December 08, 2011

Anda tahu tak?

Kali ni nak share kan something apa-apa yang saya tahu. Ye la, saya nak jugak jadikan blog dayg ni blog yang ber-info lagi menarik debom kebabom. Bukan reti nak tulis semuaaaaaa tentang dayg saja kan. Pembaca blog saya lama-lama akan bosan. Betul dak? Angguk cepat!


1. Semut akan tumbang ke sebelah kiri jika korang spray racun ke arah 'mangsa' berkenaan.

2. Landak akan terapung jika tercampak ke dalam air. Ringan kot? Manakala, buaya pula ngak bisa mengundur.

3. Siapa kata orang yg kurus kering takda otot, cuba angkat kaki, saya nak lempang laju-laju. Muahaha. Semua orang pun ada otot sebenarnya, banyak okay. Sebab setiap langkah kita untuk ke hadapan, kita terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

4. Bunga kekwa memerlukan masa 100 hari daripada hari ditanam sebelum dipetik.

5. Ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter. Wow tinggi tuuuuuuu!

6. Di serata dunia yoyo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata berbahaya.


7. Sebenarnya orang yg mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki France bernama Gerald Tissain (moyang saya HAHA) dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perisa ais krim yg cukup lazat sehingga ke hari ini. ;)


8. Gadis-gadis comel yang chubby, sila lah menghidu pisang atau epal hijau banyak kali. Sebaaaaaaaaab 2 menatang ni boleh mengurangkan berat badan. Tapi setakat ni takda bukti yang kukuh keh? Teraaaaaaaaaaiii laaaa. Mana lah tahu korang kurus tetiba, pengsan makkkk!



9. Purata setiap manusia memiliki 100 000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam. Sementara tu, hidung kita pula dikatakan dapat mengenal pasti 10 000 jenis bau yang berbeza-beza.

10. Tikus kasturi adalah mamalia paling kecil di dunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.


11. Tiram atau oyster boleh mengubah jantina beberapa kali sepanjang hayatnya. First saya tahu pasal ni, saya gelak. Bila saya ingat balik, saya senyum. Oh tiram memang pelik lah aku rasa. 


12. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakam. Nasib lagi sekarang dah moden. Syukur sebab saya tak berhadapan dengan benda sengal macam nih. Ha-ha-ha

13. Orang lelaki lebih mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita. Beware lelaki!!


14. Bilangan telefon di banda raya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan yang terdapat di seluruh Afrika.


15. Kamu perlu memanjat sebanyak 1792 anak tangga untuk tiba ke puncak menara Eiffel. Siapa nak panjat kena ada tenaga yang banyak k?

Sumber ni saya dapat daripada beberapa majalah, tak ingat dah majalah apa. Kalau nak carik, En. Google tahu segalanya. Assalamualaikum, Bai :)

3 comments:

naf. said...

wahhh baru tauu hehe

DAYANG. said...

hehehe. anda tahu tak? hahaaha

shahrazali said...

oooo...nice info.. sume baru tau..
dayg is thumb..