Wednesday, January 04, 2012

Tangani teman kamu yang 'over'.


Gambar takda kaitan, tapi nak pinkkkkkk jugak. :)

Sahabat atau teman boleh buat kita rasa bahagia. Tapi ada juga yg buat kita meluat dengan pelbagai karakter entah apa apa entah. Ada yang lucu, serius, dan bersahaja. No doubt yg 'over' mesti ada juga kan? Tipu aa kalau takda. Tak semua, tapi ada kan? Ok cikidautttttt.

1. Teguran berlapik
Susah sebenarnya untuk tegur mereka yang bergelar sahabat. For me, memang susah. Bukan apa, takut nanti dia bermasam muka ke, terase ke, ape ke. Kan kan? Tapi tapi, bila kita tak tegur kang makin 'overr' pulakkk. So, demi kebaikannya kita perlulah memberi teguran secara berhemah.

2. Terima seadanya
Kalau 'over' itu sudah kira sebahagian daripada sifatnya, memang 'over' tu dah tak boleh blah dah. Tak pe, mungkin ada kalanya kita perlu terima sahabat itu seadanya. Nak buat macamana kan? Kadang-kadang, tanpa kita sedar, sahabat yang 'over' itu menceriakan hidup kita tau. So, jangan sesekali cuba nak buang dia jauh-jauh. Hehehe Be open minded keh?

3. Hindarkan
As i know, tak ramai yang boleh menyesuaikan diri dengan 'over' person ni, kecuali dia pun 'over' jugak. Hehehe :P Tapi masih ada yang mampu handle mereka yang 'over'. Kalau korang bukan dalam kalangan orang yg penyabar atau bersifat 'cool', adalah lebih baik hindarkan bersahabat dengan mereka yang 'over' itu okayy. Tup tup nanti boleh stress dibuatnyeee! Persahabatan yg terjalin bukan untuk menambahkan tekanan tapi untuk menceriakan hidup. Renung-renungkan lah. :)

4. Sedang-sedang saja
Biarpun 'over', mereka tetap sahabat kita kan. So, katakan TIDAK untuk menjadi 'over' juga ya. Untuk turut sama menjadi 'over' itulah perkara yg harus wajib dielakkan. Better menjadi diri sendiri  yg bersifat sederhana tuuuu dan sedang-sedang saja. ^______^

5. Adakalanya perlu
'Over' person ini kadang-kadang ada masa diperlukan, such as untuk memeriahkan majlis. Tanpa mereka yang 'over' ini kadang-kadang majlis tu akan jadi hambar tau. Siapa kata mereka yg 'over' ni tak berguna? Saya cepuk laju-laju. Kihkih. Ternyata majlis-majlis keramaian sungguh ideal/sesuai dengan insan-insan yg sebegini rupa.

6. Abaikan saja!
Kenapa mesti nak fikir sahabat u yang 'over' tu? Dapat pahala tak? Hahaha Useless okayy. Tak yah susah-susah nak penuhkan otak nak fikir orang cenggitu ye. Just forget. abaikan je la. :)

Sumber, Dara.com

That all, sharing is caring.
Assalamualaikum, Bai.

3 comments:

Jay said...

hehehe..Jay ni jenis yang over kot..tapi tgok org juga..kalau rasa boleh masuk,masuk juga..hehehe...Dayang jenis biasa2 ke,malu2 ke atau over2??hahaha..siap bagi soalan bonus dekat tuan blog..:P

myroo said...

Abaikan je tu lah tips yg paling best kena praktik :)
Semua orang over jugak kadang-kadang :p

DAYANG. said...

ofkos. bila rasa over, 'eh nape sy gedik smcam nih?' hahahaha