Sunday, May 20, 2012

Beauty Myth (Perfume)

Aku rasa entry kali ni lebih berpihak pada gegirl. Sebab this entry talk about perfume. Hikhik Yela, aku tahu wanita yang ada di seluruh dunia suka benda wangi-wangi. Ya dok? Entry aku ni pun aku rasa sangat wangi.  Ce tarik nafas sikit. :P

Perfume adalah barang yang wajib ada dalam handbag seorang yang bergelar wanita. Tapi, kalau saya tak wajib sangat lah sebab utama adalah beg aku akan menjadi berat. HAHAHA Perfume yang tomey omey takpe lah, sumbat je. I have some myth of beauty here. Sila buang masa baca entry aku ni jap. Cekidautttttt :D


Benarkah kebanyakan haruman adalah untuk siang dan ada juga untuk malam?
No no no! (geleng-geleng kepala). Haruman kita merupakan espresi peribadi tersendiri. Jenis haruman dan bila ia dipakai adalah pilihan masing-masing. Takdok orang nak halang pun kau nak beli apa. Hukhuk Ramai wanita suka bau yang lebih ringan dan segar pada waktu siang manakala yang lebih mewah dan kuat pada waktu malam. Yeke?

Benarkah tiada bahagian yang spesifik untuk semburan haruman?
Benar... dan salah. Bahagian nadi seperti pergelangan tangan dan leher adalah bahagian tradisi. Sifat bahagian ini yang memanas , membantu menyerlahkan bau haruman. Tetapi, jika anda inginkan bau yang lebih lembut, semburkan pada berus sikat dan sikatlah rambut dengannya. Yang pakai hijab perlu jugak ke? Perlu jika rajin. Hewhew :)

Benarkah menyembur pada pergelangan nadi akan menjadikan haruman lebih kekal? 
Tidak 100% benar! Buat lapisan haruman dengan krim, deodoran dan bedak boleh menjadikan haruman kita tahan berjam-jam lamanya. So, rajin-rajinkan lah me-lapis-lapis your perfume. Kalu macam ni, budget pun akan melambung tinggi lah nampaknya. :D


Benarkah lebih mahal haruman, lebih harum baunya?
Totally wrong! Haruman adalah pilihan peribadi. Tak perlu nak mengira harga lah kan. The best smell is haruman yang sesuai dengan kulit dan menyerlah pada deria bau anda. Selalunya, haruman yang mahal adalah haruman yang tahan lebih lama.

Benarkah menggosok haruman yang dipakai pada pergelangan tangan akan merosakkan baunya?
False! Menggosok kedua-dua pergelangan tangan akan memanaskan lagi kulit, yang mana akan menghangatkan lagi molekul haruman maka, ia akan menyejat dan melepaskan wangian harum. Segala bau-bauan akan masok ke lobang hidong dengan pantas amat. :D

Just spray on pergelangan tangan, lurah payudara atau leher.

Selalu semburkan perfume di belakang telinga.
Tidak benar! Di belakang telinga terdapat kelenjar pengeluar sebum. Apabila rembesan minyak berpadu bersama haruman maka, ia akan menggantikan haruman anda. Jadi, sangat tak hot jika kitorang letak perfume dekat belakang telinga. Kang lain pulok bau yang keluar. Hakhak Just spray on pergelangan tangan, lurah payudara atau leher.



Benarkah kita perlu menyapu losyen dahulu sebelum menyembur haruman?
Tidak benar! Haruman mengandungi alkohol yang boleh melemahkan kandungan pelembap di dalam losyen. Jadi, semburkan haruman dahulu. Then, biarkan ia kering dan barulah anda menyapu losyen dari rangkaian yang sama untuk menyemarakkan lagi wangiannya. Macam ni baru ohsem. Tapi kan, bila dah rushing tak sempat nak bubuh perfume lapis-lapis nyahhh. Ya dok? Hahaha

Benarkah terdapat haruman yang spesifik untuk lelaki dan wanita?
No dear! Kadang kala, ada jugak haruman untuk lelaki yang baunya lebih hebat apabila wanita memakainya dan begitu lah sebaliknya. Bila dah terai test then bau dia sodap menjilat jari, kenapa tak pakai? Hukhuk Belasah je lah. U olllsss boleh pakai apa saja jenis perfume tanpa mengira jantina. Yang ni la la lagi jimat, perfume boleh kongsi dengan laki. Satu rumah bau pun sama jewww, takdok lah yang fening-fening. Hikhik :')

Benarkah bau wangian tak sepatutnya bertukar apabila menyentuh kulit anda.
Setiap haruman itu diperbuat sekurang-kurangnya daripada tiga lapis sentuhan; bawah, tengah dan atas. Sentuhan ini akan bertukar pada kulit mengikut masa. Sebab itu lah, sebelum membeli haruman, kena cuba 40 minit nak tengok samada sentuhannya dapat berpadu mengikut keserasian tubuh anda or not. Got it? Hari ni pakai tester dulu, esok baru beli. Beli borong pun takdak hal punyaaaa. ^__^

Thanks for reading this entry! Assalamualaikum :)

13 comments:

Srikandi Utara said...

menarik la entry awk pasal perfume ni... tpi saya mmg xbleh pakai coz akan bersin sbb bau dia tu mcm menyengat. tu pada pdngan saya la...apa2 pon, entry ni mmg best baca dan xbosan walaupun agak pnjang... happy blogging=)

piika said...

nice tips u bagi.
i like silky girls punye perfumes.
simple je. :)
btw, i follow u. hope. awk pun same. :)

♥nurul♥ said...

hehe suka suka entry ini.
bah lepas ni mau pki perfume,deodoran, bedak, losyn smua jenama sama. belilah satu set tu safi tu hoho

ataupun pinjam suami sy punya perfume la ba seja. jimat :p

ciksukaberangan said...

hihi. thanks for sharing :)

DAYANG. said...

Srikandi Utara , haaa tu yg susah tu nak pkai prfume. hehe happy blogging too :)

DAYANG. said...

piika, hihi silky girl pn sy sukeee. :)

DAYANG. said...

♥nurul♥, haha rajin2 la ko kc lapis2 aa. :P

DAYANG. said...

ciksukaberangan, same2 :)

AdilaAzmir™ said...

kawan i ada cakap, tak elok sgt sembur perfume kat tempat nadi tuh. lupa apa sbb nye. tp i selalu buat jugak sbb dah terbiasa. hahaha

Ardini Izzati said...

Thanks sharing, kak dayangg :D

Mimieesyeerro said...

haa . gud info . saya baru tau ini semua . hewhew .

DAYANG. said...

AdilaAzmir™, akak pun penah dgr mcam tu. tp i pun salu gsok kat nadi. :P

DAYANG. said...

Ardini Izzati , hehehe same2 :)

Mimieesyeerro, tu la ko mie. cuba rajin2 gogel. hahahaha