Thursday, July 26, 2012

Ramadhan.

Alhamdulillah, hari ni dah 6 ramadhan. Di kesempatan ini, ingin daku mengucapkan Happy Ramadhan to all muslimin & muslimah. Cewah. Puasa tak tu? Harap-harap puasa lah en. Dapat pahala tahu. Masa bulan Ramadhan ni lah peluang kita nak kumpul pahala yg berganda-ganda. Setiap apa yg kita lakukan akan mendapat balasan berganda. ^___^

Ramadhan kali ni, dayang peruk diri kat rumah. Luangkan masa dengan family, secara tak lansung boleh mengeratkan silaturrahim. 'Eh, tak kerja ke dayang?' Kerja tu kerja gak lah, tapi suka-hati-kau-nak-kerja-atau-tak. Hewhew. 

Aktiviti petang pada bulan ramadhan adalah melancong ke bazaar ramadhan dan itu adalah wajib. Ngap apa yg patut. Beli kuih muih, minuman febret sang perut, makanan febret mak ayah and whatsoever lah. 

Sebelum berbuka tolong mak hidang itu ini. Gembira tengok parents hanya duduk dan anak-anak dia yg tolong sediakan juadah berbuka. Sejuk hati mak ayah. Semua itu adalah nikmat sebenarnya. Sebagai anak, kita kena tahu apa yg parents inginkan. Ewah.


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Ganjaran puasa Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berkat, Allah telah mewajibkan kita untuk berpuasa. Why not? Siapa tak nak pahala kan? Setahun cuma sekali. Tahun ni alhamdulillah sempat sambut Ramadhan, tahun depan tak tahu pulak. So, sama-sama kita banyakkan ibadat tahun ni. Ok yunk? Janji? Huehue. :')


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Hopefully Ramadhan kali ni penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. Lalala~ Nanti dah habis puasa, raya pulak. Hehehe *puasa baru mula dah cakap pasal raya* Weee. Selamat berpuasa!


Thanks for reading this entry! Assalamualaikum. 

4 comments:

nuruashia said...

yeahhh...salam ramadhan to dear :)

Izzati Tatie said...

selamat berpuasa dayang! doakan kite kurus jugak tau :(

Aweyn said...

salam ramadhan kareem too sweetie ;)

FL blogh0use said...

good luck ya ! =)